Makin jauh aku teroka dunia ni makin takut dan amat merisaukan aku .
Aku risau bagaimana negara aku , bangsa aku , yang paling penting
agama aku iaitu ISLAM!! Aku risau umat islam kini keliru dengan
dunia mereka sendiri ,mereka seolah seolah seperti lembu dicucuk tanduk ,
orang kata -
-"kau pakai ni , fesyen baru rugi kalau tak pakai"
-"tengok ni loket gambar 'BURUNG HANTU' ni ,
aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat sangat jom kita beli"
Inilah masalah orang kita , lawa sikit je baru puji sikit dah cair terus beli ,
tanpa fikir panjang.Tahukah anda , apa maksud burung hantu tu ?
memang lawa , memang comel , memang bergaya kalau pakai ,
memang mudah untuk kita dapat perhatian loket ni tapi sedar tak kita,
loket yang kita pakai tu loket siapa?siapa buat ? siapa yang promosi?
Maka , hari ni aku akan tunjuk kan pada kalian apa yang ada disebalik
loket ini .
Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ?
kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL ,
mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA ,
KAYA , NAMA dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2
ternama negara kita ,nama nama mereka cukup besar serta yang amat
sedih sekali mereka ini antara nya orang islam .
[KALAU ANDA PERNAH LIHAT SIMBOL ATAU APA JUA
BERKAITAN DENGAN INI, DIHARAP ANDA DAPAT JAUHKAN
DIRI DARI MEREKA ]
Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan
islam,mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang
di dunia dan di akhirat tapi kita?apa kita buat? menjatuhkan maruah
agama , sanggup murtad, sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan
agama.
tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua
bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal)
burung hantu sebagai simbol ritual mereka ,
MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika
bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket
ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM ,
Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak ,
kita kena halang semua ini.
Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA ,
sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli ,
Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.
Maka aku sebagai wakil seluruh umah yang ingin menegur tapi takut ada
yang kecil hati , kepada semua kaum Hawa atau Adam , berhentilah dari
membeli ,memakai loket ini , HARAM bagi kita umat islam memakai
barangan dari mereka(pemuja dajal,zionis) .Kaum Adam , kita ni lelaki ,
tak perlu kita pakai rantai rantai ni , bukan cara kita ,
agama kita tak suruh pun ..
ANTARA sebab lain :
Membuat atau mengukir patung bagi objek yang bernyawa secara lengkap
segala anggota tubuh badan dan jisim dan bayang , sama ada ia di alam
bentukmanusia atau haiwan adalah berdosa besar.
Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis sahih Rasulullah S.A.W
yang memberi amaran tentang azab seksa yang akan ditimpakan kepada
mereka yang mengukir patung pada hari kiamat kelak.
Apabila patung-patung tersebut di jadi kan perhiasan , maknya ia
di jadi kan sebagai sesuatu yang dimuliakan atau ada unsur-unsur
penghormatan. Oleh itu , meletakkanya dengan tujuan perhiasan
adalah perbuatan yang haram (berdosa). manakala malaikat tidak akan
memasuki rumah yang terdapat patung.
SABDA RASULULLAH .
maksudnya : "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat
di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa"
KESIMPULANNYA:
KITA BOLEH BERGAYA TAPI MESTI KENA GAYA , JANGAN
SAMPAI KERANA BERGAYA ,AKIDAH KITA RUNTUH ,
MARUAH AGAMA TERCEMAR ,KENANG LAH USAHA
RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENEGAKKAN SYIAH
ISLAM DAN JANGANLAH KITA TERGOLONG DI DALAM
KALANGAN PERUNTUH INSTITUSI ISLAM DAN PEROSAK AGAMA.
[maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati ,
aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekongkol dengan
benda ini , sudah bagi tanggungjawab kaum Adam untuk memimpin kaum Hawa ini]
No comments:
Post a Comment